Sabtu, 2007 Disember 29

Malam-malamku


beginikah selalunya
malam-malamku dilanda

kesepian,
keresahan,
kebosanan,
kecemburuan,

yang menyerang bertubi-tubi

jiwaku,
fikiranku,
nafsuku,
tubuhku,

lalu hilang kala subuh

untuk muncul kembali
malam-malam esoknya?

1 September 2001
Tronoh

Nota:
1. Sajak keresahan seorang anak muda yang sentiasa menyendiri kerana dia menyedari yang dia adalah 'orang lain'

0 ulasan: