Sabtu, 2007 Disember 29

Misteri Zakar


suatu petang
zakarku hilang
barangkali bosan
akibat keghairahan
lama tertahan

aku pengsan
sepanjang malam
menghadapi kenyataan
kuhilang kemaluan

pagi keesokan
zakar pun pulang
mengantuk keletihan
penuh kekotoran

kuminta penjelasan
lalu diberi jawapan:
ia telah terjunam
masuk lubang
gelap dan dalam
terus kelemasan

ada lagi persoalan
ingin kutanyakan:
lubang mana dimaksudkan?

tapi tiada jawapan
zakar tersayang
tertidur berdengkuran
tersenyum kepuasan.

24 November 2006
Sentul

1 ulasan:

Jammy Jamaludin berkata...

dan zakar itu mengigau mimpi teringatkan kekotoran
kekotoran yang ingin dimiliki
oleh kerana bosan dengan kesucian.