Sabtu, 2008 Februari 23

Gajah Turun Dari Langit, Mereka Pun Bergembira Buat Kali Terakhir


Langit yang tadi mendung kini mencapai klimaksnya. Gajah-gajah pelbagai warna pun turun sebagai hujan. Badut-badut bersorak gembira sambil cuba menakung gajah-gajah itu dalam baldi-baldi plastik murahan. Mereka berterusan menyebut nama TUHAN tanpa henti berselang-seli dengan maki-makian kepada serangga-serangga.


Tapi pesta gila itu sekejap sahaja.


Sekarang kesemua badut tidak bernyawa lagi. Gajah-gajah sudah memijak mereka sehingga lenyai. Serangga-serangga kemudiannya melahap mereka sehingga tiada tinggal sebarang sisa.


Sekarang suasana kembali waras.


Syukur kepada tuhan.

0 ulasan: