hampir tengah malam
hari itu dia
telefon secara tiba-tiba.
lelaki yang baru
lima minit tadinya
aku kenali dalam
internet terus berbicara,
“let’s have
some fun” atau
sebenarnya lebih bermaksud,
“let’s fuck”.
tapi ada yang
tidak kena dengannya.
tanpa perlu aku
bertanya apa-apa pun
dia mengatakan dia
juga seorang biseksual.
dan dalam masa
beberapa bulan lagi
dia akan berkahwin
dengan teman wanitanya.
jadi sebelum masa
itu tiba dia
berhajat untuk mengumpulkan
seberapa banyak teman
lelaki yang boleh
untuk satu upacara
orgy. seks haram
terakhir buatnya sebelum
dia insaf.
aku tanya sama
ada dia serius
untuk meneruskan perkahwinan
itu. dengan sedihnya
dia menjawab dia
sudah terperangkap dalam
situasi bodoh yang
dia sendiri wujudkan.
dan lagi dia
juga telah menetapkan
untuk insaf dan
berkahwin sebelum umurnya
30.
aku katakan padanya
itu satu perkara
yang pathetic jelas
menunjukkan dia tidak
yakin dengan seksualitinya
sendiri lalu mudah
mengalah pada peraturan
manusia yang zalim
pada kepelbagaian ciptaan
tuhan. tapi dia
masih boleh mencari
jalan keluar dan
masih belum terlambat
jika dia menginginkannya.
tanpa dia mengakuinya
pun dapat aku
rasakan yang dia
memang mahu bebas
kembali. tapi egonya
besar dan dia
seorang pengecut. dia
lebih rela menipu
dirinya, teman wanitanya
dan keluarganya yang
kemudian boleh jadi
mendatangkan akibat yang
lagi buruk.
aku terus cuba
menasihatinya tapi dia
masih berdegil malah
menuduhku tidak cuba
membantunya pun. seperti
kecewa dengan buah
fikiranku dia menukar
topik perbualan dengan
mengulangi tujuan asalnya
menghubungiku serta mengingatkan
kembali hasrat pesta
seks terakhirnya.
ya, sebenarnya aku
sendiri ketika itu
memang terdesak dan pelawaan
sedemikian sudah tentu
menggiurkan nafsu tapi
aku tidak akan
sesekali pun bersentuh
tubuh dengan manusia
yang hipokrit dan
pathetic semacam itu.
aku lebih sanggup
setia dengan tanganku
yang sentiasa berada
di tempatnya, memahami
dan menyanjungi keistimewaan
dalam perbezaan.

0 ulasan:
Catat Ulasan