Jumaat, 2008 Februari 29

Migrain Di Pagi Rabu


migrain di 

pagi rabu

datang bersama 

sajak-sajak

yang aku muntahkan 

serta-merta sebelum 

meneguk segelas jus 

ceri masam

sambil duduk 

mendengar New Order

dari radio

dan bertafakur 

tentang perkara-perkara

yang macam-macam 

itu juga.


angin pagi bercahaya

bertiup sempurna 

masuk melalui tingkap

mendakap resah 

kedua-dua belah pipi 

ketika aku perlu 

membuat keputusan

sama ada perlu 

pergi menemui doktor

atau bergerak ke 

tempat kerja.


tetapi tidak apa 

hari masih awal


dan masih ada 

sisa-sisa sajak

tersangkut di tekak.

Rabu, 2008 Februari 27

Pukul 2.27 Pagi


Pukul 2.27 pagi. Di luar 

Hujan lebat & petir sabung

-Menyabung. Aku cuba tidur tapi 

Mataku masih berdegil. Tubuhku 

Memaksaku bangun kerana ada 

Tugas yang belum diselesaikan.

Dalam keadaan 

Bogel aku bergerak dari 

Katil keluar bilik menuju 

Ke komputer yang 

Masih hidup, lalu aku tulis 

Sajak ini. Hujan makin lebat,

Dan aku pun masih

Tidak berpakaian. Tapi sekarang aku

Boleh kembali ke dalam

Sana, tarik selimutku

Kerana aku sudah boleh 

Tidur dengan aman.

Melihat Voyant Di Langit


kalau kau mendongak ke langit

lalu berpusing 360 darjah berulang-ulang kali

sambil mendeklamasi baris-baris sajak Rimbaud,

aku yakin kau akan perasan

ada neraka di atas sana.


tapi sebenarnya kau 

mungkin cuma pening gila

kerana tiba-tiba terlihat Rimbaud

sudah pun berada di syurga!

Satu Panggilan Telefon Tengah Malam


hampir tengah malam 

hari itu dia 

telefon secara tiba-tiba. 

lelaki yang baru 

lima minit tadinya 

aku kenali dalam 

internet terus berbicara, 

“let’s have 

some fun” atau 

sebenarnya lebih bermaksud,

“let’s fuck”.


tapi ada yang 

tidak kena dengannya.

tanpa perlu aku 

bertanya apa-apa pun

dia mengatakan dia 

juga seorang biseksual.

dan dalam masa 

beberapa bulan lagi

dia akan berkahwin 

dengan teman wanitanya.

jadi sebelum masa 

itu tiba dia 

berhajat untuk mengumpulkan

seberapa banyak teman 

lelaki yang boleh

untuk satu upacara 

orgy. seks haram 

terakhir buatnya sebelum 

dia insaf.


aku tanya sama 

ada dia serius

untuk meneruskan perkahwinan 

itu. dengan sedihnya 

dia menjawab dia 

sudah terperangkap dalam 

situasi bodoh yang 

dia sendiri wujudkan.

dan lagi dia 

juga telah menetapkan

untuk insaf dan 

berkahwin sebelum umurnya 

30.


aku katakan padanya 

itu satu perkara 

yang pathetic jelas 

menunjukkan dia tidak 

yakin dengan seksualitinya 

sendiri lalu mudah 

mengalah pada peraturan

manusia yang zalim 

pada kepelbagaian ciptaan 

tuhan. tapi dia 

masih boleh mencari 

jalan keluar dan 

masih belum terlambat

jika dia menginginkannya.


tanpa dia mengakuinya 

pun dapat aku 

rasakan yang dia 

memang mahu bebas 

kembali. tapi egonya 

besar dan dia 

seorang pengecut. dia 

lebih rela menipu 

dirinya, teman wanitanya 

dan keluarganya yang 

kemudian boleh jadi 

mendatangkan akibat yang 

lagi buruk.


aku terus cuba 

menasihatinya tapi dia 

masih berdegil malah 

menuduhku tidak cuba 

membantunya pun. seperti 

kecewa dengan buah 

fikiranku dia menukar 

topik perbualan dengan 

mengulangi tujuan asalnya 

menghubungiku serta mengingatkan 

kembali hasrat pesta 

seks terakhirnya.


ya, sebenarnya aku 

sendiri ketika itu 

memang terdesak dan pelawaan 

sedemikian sudah tentu 

menggiurkan nafsu tapi 

aku tidak akan 

sesekali pun bersentuh 

tubuh dengan manusia

yang hipokrit dan 

pathetic semacam itu.


aku lebih sanggup 

setia dengan tanganku 

yang sentiasa berada 

di tempatnya, memahami 

dan menyanjungi keistimewaan 

dalam perbezaan.

Sabtu, 2008 Februari 23

Ketika Pagi Berwarna Ungu


banguntidur 

sejukgila 

tutupkipas 

konekkeras 

bukatingkap 

pandanglangit


aaah, warna ungu!


(sebenarnya, 

matanya terpejam 

  lagi.

dan juburnya masih 

dipenuhi s i s a vaseline)

Jangan Lontar Aku Lagi Dengan Batu Syurga


satu batu

dua batu

tiga batu

empat batu

lima batu

enam batu

tujuh batu

lapan batu

sembilan batu

.

.

.

hei, cukuplah tu! nanti habis batu di syurga!

Gajah Turun Dari Langit, Mereka Pun Bergembira Buat Kali Terakhir


Langit yang tadi mendung kini mencapai klimaksnya. Gajah-gajah pelbagai warna pun turun sebagai hujan. Badut-badut bersorak gembira sambil cuba menakung gajah-gajah itu dalam baldi-baldi plastik murahan. Mereka berterusan menyebut nama TUHAN tanpa henti berselang-seli dengan maki-makian kepada serangga-serangga.


Tapi pesta gila itu sekejap sahaja.


Sekarang kesemua badut tidak bernyawa lagi. Gajah-gajah sudah memijak mereka sehingga lenyai. Serangga-serangga kemudiannya melahap mereka sehingga tiada tinggal sebarang sisa.


Sekarang suasana kembali waras.


Syukur kepada tuhan.

Jumaat, 2008 Februari 22

Puitis Macam Pukimak 3


kaucubatulispuisi

lepastubacaataspentas

diaorangkatamacamsial

tapikautakkisahsangat

sebabmasatukaupakait-shirtyangcool

kautaudiaorangmemangcemburu

(hahahahahahahahahahahahaha)

Puitis Macam Pukimak 2


aku masuk ke dewan

nampak:

bungabungabungabungabunga
bungabungabungabungabunga
bungabungabungabungabunga
bungabungabungabungabunga
bungabungabungabungabunga
bungabungabungabungabunga
bungabungabungabungabunga
bungabungabungabungabunga
bungabungabungabungabunga
bungabungabungabungabunga
.
.

tapi alahai,

dah layu!

Puitis Macam Pukimak 1


kau tuang kata-kata ke udara

mereka menjilatnya lalu mabuk-mabuk


oh, sungguh puitis


macam macam macam


                                          pukimak!